BUKU NOTA RUJUKAN DAN LATIHAN PENGUKUHAN
BAHASA ARAB KSSM TINGKATAN 1
MODUL ABU SAKEENA
Modul Bahasa Arab KSSM tingkatan 1 edisi 2020 dibuat banyak perubahan sejajar dengan format peperiksaan PT3 KSSM bermula pada tahun 2019 yang lepas. Buku ini dimasukkan dengan semua tajuk qawaid yang memenuhi sukatan peperiksaan PT3 kerana peruntukan markah yang banyak di bahagian ini. Tips-tips untuk menjawab semua jenis soalan juga diselitkan untuk memantapkan pelajar dengan bahasa Arab KSSM. Pelajar yang menguasai semua isi kandungan dalam buku ini akan mampu menjawab soalan PT3 dengan baik, dengan izin Allah. Modul ini juga banyak menyediakan tips membina ayat untuk memahirkan pelajar agar mereka berani membina ayat serta karangan dengan sendiri.
Guru bertanggungjawab membimbing pelajar untuk menguasai kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Modul ini akan meringankan beban guru dan pelajar kerana isi kandungan buku teks lebih terarah kepada latihan tanpa disediakan penerangan sesuatu tajuk. Modul ini menyediakan nota rujukan dalam Bahasa Melayu yang menjelaskan secara asas dan terperinci tentang sesuatu topik yang dipelajari.
Pelajar dikehendaki menghafal senarai kalimah setiap unit yang telah diterjemahkan dalam modul ini untuk memudahkan pembelajaran bab berikutnya.
Penerbit: Abu Sakeena Enterprise
Tahun terbitan: 2020
Jumlah muka surat: 183
Pengedar seluruh Malaysia: Buku Stam Enterprise